WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, - Pada 22 hingga 23 Mac 2021, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus TOT Pengendali Jenazah Siri 1 Secara Dalam Talian bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu. Seramai 69 orang yang terdiri daripada  Penjawat Awam dan Masyarakat Awam telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Beufort, Kudat dan lain-lain.

Objektif utama ialah melahirkan individu yang berkemampuan dalam menguruskan jenazah bagi melengkapi keperluan “fardhu kifayah” dalam sesebuah masyarakat Islam, meningkatkan kemahiran dalam kalangan individu yang terlibat dalam pengurusan jenazah melalui pendedahan secara lengkap dan mencakupi aspek teori dan praktikal dan menjelaskan kekeliruan antara amalan pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan syarak atau adat semata-mata.

Antara pengisian yang disampaikan dalam kursus ini ialah ; Tanggunjawab Dan Prosedur Dalam Menghadapi Sesuatu Kematian & Amalan Khurafat Dan Bid’ah Dalam Menguruskan Jenazah oleh Ustaz Mohd Fahnan bin Abdul Wahab, Ketua Jurulatih Utama Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.  Manakala bagi Slot Pengurusan Jenazah dan Latih Amal termasuk Pengurusan Jenazah Dalam Keadaan Kritikal disampaikan oleh Ustaz Badrul Hisyam bin Bakar dari Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah.

Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada setiap aktiviti dan sesi ceramah yang dijalankan.  Majlis penutupan kursus berkenaan telah disempurnakan oleh wakil ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM iaitu Ustaz Hamid bin Sabran secara dalam talian.