WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 22 Mac – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi,Cawangan Khidmat Pengurusan  telah menganjurkan Webinar Gaya Pemakanan Sihat yang disampaikan oleh Puan Noor Kamsina binti Aziz, Pegawai Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri secara dalam talian.

Program ini menekankan gaya pemakanan yang sihat dalam menjaga khasiat pemakanan kita seharian disamping membantu pada para peserta tentang pengetahuan kandungan makanan bagi menjaga berat badan yang ideal untuk melahirkan masyarakat yang sihat tubuh badan.

Program ini juga adalah kesinambungan daripada Program ILIM Weight Challenge yang dijalankan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Warga ILIM serta Surau Salahuddin Al-Ayubi ILIM yang sedang berjalan dengan penglibatan di kalangan Warga ILIM dan akan berakhir pada 30 April 2021.

Semoga aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat.   “Kesihatan Anugerah Terindah”.