WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 3 Mac – Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)  telah mengadakan kursus Pemahaman Akidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah   khusus untuk Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, JAIN dan  MAIN (Gred  S41- S44) bermula 2-3 Mac 2021 secara dalam talian.  Seramai 37 orang peserta telan mengikuti kursus ini.

Antara objektif kursus ini ialah :

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep akidah dan pegangan Ahli as Sunnah wal Jamaah ;
  • Mededahkan bentuk ancaman aliran yang menyalahi Ahli as-Sunah wal- Jamaah ; dan
  • Melahirkan peserta yang berkemahiran dan mampu menjawab isu-isu semasa berkaitan Akidah di Malaysia.

Hari pertama kursus ini disampaikan oleh YBrs. Dr. Wan Mohd Fazrul Azrol bin Wan Razali, Pensyarah Kanan, Program Pengajian Akidah dan juga Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan dari Universiti Sains Islam Malaysia. Tajuk yang menarik antaranya, Agama,Fitrah Manusia dan Pengertian, Ciri-ciri, Sumber dan Kesannya Dalam Kehidupan.

Slot seterusnya disampaikan oleh YBrs. Dr. Wan Haslan bin Khairuddin, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajuk Konsep Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah dan Keperluan Umat Islam kepada Akidah ASWJ.

Sesi hari kedua difokuskan dengan isu-isu semasa di Malaysia dengan tajuk yang lebih menarik antaranya Ancaman Syiah dan Ajaran Salah di Malaysia  : Ancaman Islam Liberal dan Pluralisme Agama di Malaysia telah disampaikan oleh YBrs. Dr Muhammad Rashidi bin Wahab, Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu Darul Iman. Semoga mampu memberi peningkatan kefahaman dan pengetahuan ilmu akidah serta isu-isu semasa di Malaysia.