WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KELAS TAFAQQUH FIDDIN 2020

Bangi, 5 November - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kelas Tafaqquh Fiddin 2020 sebanyak tiga (3) siri bermula pada pertengahan bulan Oktober hingga November 2020 secara atas talian dan bersemuka.  Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari Skim Hal Ehwal Islam.

Kursus ini diadakan bertujuan mengetengahkan tenaga pakar rujuk JAKIM di samping melahirkan pegawai hal ehwal Islam yang berkepakaran dalam 3 (tiga) bidang iaitu Akidah, Syariah dan Tassawuf.

Pengisian bagi kelas Akidah disampaikan oleh Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya.  Pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab, menggunakan Kitab: Jauharat al-Tauhid, karangan Syeikh Ibrahim al-Liqaani.

Manakala bagi kelas fiqh pula disampaikan oleh YBrs. Dr. Zamihan bin Haji. Mat Zin dari Bahagian Penerbitan JAKIM.  Pembelajaran kelas ini juga berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab menggunakan Kitab: Minhajul al-Thalibin karangan Abu Zakariyya Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf  al-Nawawi.

Bagi kelas tasawuf, pembelajaran disampaikan oleh YBrs. Dr. Yusri bin Mazlan, Imam Besar Masjid Negeri Sembilan.  Pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab, menggunakan Kitab: Minhajul Qaasidin (Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin).

Semoga dengan adanya kelas ini dapat melahirkan kepakaran dalam kalangan PHEI yang mahir ilmu turath dan ilmu semasa agar mampu mengaplikasi ilmu turath mengikut kehendak semasa masyarakat ke arah pelaksanaan masyarakat rahmah.