WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KURSUS PENGURUSAN KONFLIK DAN KRISIS

Bangi, 27 Ogos - Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Konflik dan Krisis kepada Pegawai JAKIM/MAIN/JAIN dan Agensi/Kementerian pada 25 hingga 27 Ogos 2020 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Aras Bawah, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama, Bangi Selangor.

Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan penggunaan teknik yang efektif dan bersesuaian dalam menangani konflik dan krisis yang timbul di tempat kerja, membangunkan kemahiran mengurus konflik dan krisis dengan cara mudah,ringkas dan pantas tanpa memecahkan semangat berpasukan, di samping itu juga membantu peserta bagi mengaplikasi sistem dan teknik bekerja mengikut keperluan semasa dan tidak bercanggah dengan Islam.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengetahuan luas dan berpengalaman daripada Fakiih Solution & Training Sdn Bhd iaitu YBrs Tuan Wan Mohd Allwee bin Wan Ismail dan YBhg. Dr.Wan Muhamad Adam bin Wan Norudin Seramai 18 orang peserta telah hadir mengikuti kursus yang sangat bermanfaat.

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan ilmu dan kemahiran kepada peserta bagi membangunkan kemahiran mengurus konflik dan krisis di tempat kerja masing-masing khasnya dan di dalam kehidupan seharian amnya.