PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK BAHAGIAN (PKSB) TEROKA DAN ASAH BAKAT PENULISAN BERITA
Bangi, 23 Julai - Kluster Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Unit Komunikasi Korporat, JAKIM telah mengadakan Kursus Pembangunan Kemahiran Komunikasi: Kewartawanan Islam kepada PKSB, JAKIM.
Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai falsafah, etika dan undang-undang berkaitan. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan teknik menulis berita, rencana dan laporan yang baik serta turut berkongsi mengenai pengunaan perkataan bahasa yang betul.
Penulisan berita secara umumnya adalah satu bidang komunikasi yang berperanan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Kursus ini dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman daripada BERNAMA iaitu YBrs Tuan Haji Mohamad Letfee bin Ahmad. Kursus juga menampilkan penceramah khas iaitu Encik Mohamad Razif bin Mohamad Fuad, Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hala Ehwal Islam), yang hadir berkongsi pengalaman mengenai teknik pengurusan media sosial. Seramai 16 orang peserta telah hadir mengikuti kursus ini terdiri daripada Pegawai Komunikasi Strategik Bahagian (PKSB).
Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta bagi menyediakan bahan-bahan berita di bahagian masing-masing untuk siaran media sosial dan web JAKIM berdasarkan kepada kod etika yang meliputi nilai Islam.