MEMPERKASAKAN IMAM DAN MUAZZIN
14 Julai 2020 (Selasa) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menganjurkan Kursus Khas Imam dan Muazzin bermula pada 14 Julai hingga 21 Oktober 2020 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir ILIM, Bangi, Selangor. Majlis perasmian yang diadakan pada 14 Julai 2020 (Selasa) telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Nordin bin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM mewakili YBhg. Dato’ Paimuzi bin Yahya, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pogram Kursus Khas Imam dan Muazzin ini adalah pogram pertama Akademi Latihan Imam dan Muazzin yang baru ditubuhkan di bawah ILIM. Objektif kursus ini adalah melahirkan Imam.dan Muazzin yang profesional, melahirkan pelapis Imam dan Muazzin terutamanya bagi masjid-masjid di bawah pentadbiran JAKIM serta membentuk Imam dan Muazzin yang mempunyai kemahiran dan sahsiah yg baik. Seramai 16 orang peserta mengikuti Kursus Imam dan manakala Kursus Muazzin seramai 13 orang.
Peserta adalah terdiri dari para pegawai JAKIM termasuk Kader-Kader yang berkhidmat di Kementerian dan Agensi. Kursus Khas Imam ini dijalankan sebanyak 8 siri manakala Kursus Khas Muazzin sebanyak 5 siri. Ini juga merupakan Kursus Pertama yang dijalankan disebabkan tergendala berikutan pandemik COVID-19.Kursus ini diharap dapat membentuk Imam dan Muazzin yang berpengetahuan dalam memimpin anak makmum dan lain-lain bidang di dalam agama Islam yang memerlukan kepimpinan. Lebih luas pengetahuan, maka lebih berkesanlah kepimpinan dan lebih bahagialah masyarakat Islam.