KURSUS PENULISAN SURAT RASMI, MEMO, LAPORAN DAN PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
BANGI, 12 Mac 2020 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo, Laporan dan Pengurusan Mesyuarat Berkualiti pada 10 hingga 12 Mac 2020 bertempat di Bilik Kuliah Ibn Khaldun, Blok Akademik A, ILIM. Seramai 59 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JAKIM, MAIN dan JAIN serta penjawat awam sekitar Putrajaya dari pelbagai gred jawatan (S19 - S48) telah menghadiri kursus ini.
Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo, Laporan Dan Pengurusan Mesyuarat Berkualiti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai bagi menghasilkan penulisan berkualiti serta dapat menguruskan sesuatu mesyuarat dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh organisasi sekaligus melambangkan profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugasan.
Sebanyak Sembilan (9) slot telah diisi dan disampaikan oleh tiga (3) orang penceramah jemputan mengikut kepakaran masing-masing. Di antara penceramah di dalam kursus ini ialah Tuan Haji Jamaluddin bin Mohd Sulong dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Mohammad Fairuz bin Mohd Nasir dari ILIM Kampus Utama dan Puan Siti Razmah binti Idris dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Rata-rata peserta sangat berpuashati dengan kursus yang dianjurkan malah memohon agar pihak ILIM mengadakan kursus ini untuk siri-siri seterusnya.