WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KURSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN IBADAH PESAKIT

BANGI, 20 Februari 2020 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPH), telah menganjurkan Kursus Kemahiran Pengurusan Ibadah Pesakit pada 18 hingga 20 Februari 2020 di Bilik Kuliah Al-Baitar, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan memberi pengetahuan dan latihan (praktikal) untuk melahirkan pegawai Pengurusan Ibadah bagi pesakit dan memantapkan kemahiran pegawai untuk melaksanakan kaedah-kaedah pengurusan ibadah pesakit.

Seramai 24 orang peserta terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan. Dalam program ini, peserta telah didedahkan konsep rukhsah dan pengurusan ibadah pesakit menurut perspektif islam dan ibadah pesakit melalui kaedah e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA). Hari kedua, peserta diminta untuk mengikuti praktikal pengurusan ibadah pesakit di Pusat Jagaan Harian Warga Emas Cheras Baru.

Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.