KURSUS PEMANTAPAN PENGKAEDAHAN JAWI
BANGI, 20 Februari 2020 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengkaedahan Jawi pada 18 hingga 20 Februari 2020 di Bilik Sibaweh, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama.
Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta mengenai kaedah penulisan dan pengejaan jawi yang selaras dan berkesan berdasarkan pedoman yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Seramai 28 orang peserta terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan telah menyertai kursus tersebut dan mendapat bimbingan daripada penceramah jemputan Encik Mat Yusof bin Abd Rahman, Puan Fadzilah binti Mustafa (Institut Pendidikan Guru) dan Encik Saiful Bahri bin Yaziz (Institut Pendidikan Guru).
Dalam program ini, peserta telah mempelajari sejarah tulisan jawi, latar belakang pedoman ejaan jawi, pembentukan satu suku kata, pembentukan dua suku kata, pembentukan tiga suku kata atau lebih dan fungsi huruf hamzah.
Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.