KURSUS AUDITOR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA
BANGI, 26 Februari 2020 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Auditor Pensijilan Halal Malaysia pada 25 -26 Februari 2020 di Auditorium Al-Syafie, ILIM Kampus Utama.
Kursus tersebut bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai konsep pengurusan dan prosedur pensijilan halal Malaysia selain meningkatkan keyakinan dan profesioalisme peserta dalam menguruskan pensijilan halal Malaysia.
Seramai 95 orang peserta terdiri dari pelbagai skim yang bertugas di Bahagian Kawal Selia Halal, JAKIM dan Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Kursus ini turut dihadiri Pengarah Bahagian Kawal Selia Halal JAKIM, YBhg. Ustaz Hanifuddin bin Roslan dan Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, YBhg. Ustaz Bukhari bin Md Akhir. Dalam program ini, peserta telah diberi penerangan berkaitan Malaysia Halal Management System (MHMS). Peserta juga mempelajari tentang General Requirements Halal: Food, Halal Cosmetics dan Halal Pharmaceuticals serta Halal Supply Chain Management System: Transportation, warehousing dan retailing. Program ini mendapat bimbingan dari Puan Fakheezah binti Borhan dari Jabatan Standard Malaysia.
Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.