BANGI, 20 Februari 2020 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPH), telah menganjurkan Kursus Kaunseling dan Runding Cara pada 18 hingga 20 Februari 2020 di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama.
Objektif kursus tersebut ialah memberi pengetahuan dan latihan (praktikal) untuk memahirkan pegawai dalam ilmu kaunseling dan runding cara, memantapkan kemahiran pegawai untuk melaksanakan sesi kaunseling dan runding cara.
Seramai 34 orang peserta terdiri dari pelbagai agensi dan jabatan. Dalam program ini, peserta telah didedahkan kepentingan aspek spiritual dalam kaunseling, kaedah penyelesaian masalah spiritual dalam kaunseling menurut Al-Ghazali dan kaunseling syarie melalui kaedah e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA). Hari kedua, peserta diminta untuk mengikuti praktikal kaunseling dan runding cara di Pusat Jagaan Harian Warga Emas Cheras Baru.
Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.