BANGI, 8 April 2019 – Kluster Turath dan Tamadun Islam (KiTTI), dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Strategik Falak Bersama Pejabat Mufti Negara Kembojapada 3 hingga 8 April 2019 di Bilik Ibnu Khaldun, ILIM Kampus Utama.
Kursus tersebut bertujuan memberi pengetahuan mengenai asas-asas pengiraan dan geografi dalam bidang falak, memberi pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan penentuan arah kiblat, penentuan hilal serta alat tradisional dan moden dalam bidang falak.
Seramai 20 orang peserta telah mengikuti program tersebut dimana majoritinya merupakan peserta dari negara Kemboja dan beberapa orang pegawai dari Malaysia. Program ini mendapat bimbingan dari Dr. Hafiz bin Safiai, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Encik Mohd Hardi bin Sadali dari Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Encik Joko Satria A. juga merupakan pensyarah Permata Pintar dari UKM.
Dalam program ini, peserta telah dibawa merasai pengalaman mencerap hilal Sya’ban di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson dan Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.