Bangi, 23 Julai 2018- Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Tuan Haji Paimuzi Yahya telah hadir bagi merasmikan Taman Herba hasil kreativiti peserta Diploma Pengurusan Islam V (DPI V), JAKIM di sini, hari ini.
Pelbagai jenis tanaman herba antaranya ulam raja, serai, daun kesum, pandan, kunyit, belalai gajah dan selasih telah ditanam di sekitar taman tersebut.
Taman herba yang terletak bersebelahan padang sukan ILIM itu adalah sebuah projek peserta DPI V dalam usaha menyahut saranan Kerajaan bagi amalan hijau di premis Kerajaan.