WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

19 Julai 2017- Pada hari ini, ada rakyat miskin yang mempunyai tanah tetapi tidak memajukannya. Mereka kaya aset tetapi miskin tunai. Ada yang tidak berkeupayaan dan mencari-cari rakan kongsi untuk memajukan tanah mereka. Lantaran itu, punca tanah tidak ekonomik perlu dicari dan ditambah baik nilai pasarannya. Antara jalan penyelesaiannya adalah dengan memberi ruang dan peluang untuk mengharmonikan perundangan berkaitan hartanah.

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal telah menganjurkan Kursus Pengurusan dan Pembangunan Hartanah Malaysia di bawah Pelan Operasi Latihan, JAKIM pada 17 hingga 19 Julai 2018 bertempat di ILIM Bangi.  Kursus ini telah dihadiri seramai 24 orang Pegawai Hal Ehwal Islam gred S48.  Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang konsep hartanah menurut perspektif Islam dan meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengurusan dan pembangunan hartanah orang Islam.

Kursus ini menampilkan penceramah berpengalaman dalam bidang pengurusan hartanah seperti Dr. Mohd Faisol Ibrahim, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia, Jurasmadi bin Pauzi, Penolong Pegawai Teknikal, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat , Mohd Faiz Reza Mohd Zakri dan Rohaniah Noor Jahron, Penceramah Bebas dalam pengkhususan hartanah.

Adalah diharapkan melalui kursus meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam mengurus dan membangunkan hartanah dengan cekap dan sistematik.
 
hartanah1
 
hartanah2
 
hartanah3
 
hartanah4