Bangi, 5 Julai 2018 - ILMU FALAK merupakan cabang kepada ilmu sains tabii. Walaubagaimanapun, pembinaan konsep ilmu falak dan pengamalannya melibatkan mekanisme sains, agama dan sosial. Sebagai ilmu yang berkaitan rapat dengan ikhtiar dan keperluan hidup, ilmu falak berkembang maju seiring dengan peningkatan tamadun manusia.
Kluster Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan Sijil Tinggi Falak Syarie Tahap III pada 3 hingga 5 Julai 2018 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bnagi Selangor. Kursus ini merupakan kesinambungan bagi siri sebelum ini. Skop kali ini memfokuskan kepada perkara berikut :
- Maklumat asas menghitung waktu solat
- Hitungan waktu solat menggunakan almanak falak
- Hitungan waktu solat menggunakan perisian
- Kaedah penyusunan takwim waktu solat dan isu berkaitan dengannya
- Isu-isu berkaitan takwim hijri, penetapan tarikh berpuasa dan Aidilfitri
Kursus pada siri ini menampilkan penceramah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Joko Satria, Pensyarah Pelawat, Permata Pintar National Gifted Centre, UKM dan Haji Hardi Mohamad Sadali, Ketua Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Semoga kursus ini berupaya membantu meningkatkan kefahaman mengenai nas-nas syarak berkaitan falak dan kemahiran berkaitan penyediaan takwim hijri, waktu solat dan arah kiblat serta memberi pendedahan mengenai aplikasi-aplikasi terkini dalam ilmu falak dan kaedah penggunaannya.