WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 15 Mei 2018 - Penganjuran Seminar Ihya’ Ramadan oleh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid membolehkan masyarakat Islam khususnya penjawat awam lebih dekat dengan program keilmuan di samping berpeluang meningkatkan kefahaman ibadat sepanjang Ramadan.

ILIM sebagai sebuah pusat latihan Islam yang memberi tumpuan terhadap penganjuran program tersebut saban tahun sentiasa berusaha memperbanyakkan lagi pengisian serta manfaat yang mampu diberi kepada masyarakat Islam.

Seminar ini menampilkan 2 slot perkongsian ceramah yang di sampaikan oleh Mantan Pengarah Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Sallehudin bin Abu Bakar dengan tajuk “ Puasa dan Kesihatan” serta Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya, Dr. Faisal@ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid dengan tajuk “Ramadhan Membentuk Insan Rabbani”.

Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh Pengarah ILIM, Puan Hajah Zaiton Abd. Rahman.  Menurutnya, “Seminar Ihya Ramadan bukan sahaja boleh meningkatkan keilmuan masyarakat tetapi turut membentuk peribadi mukmin muttaqin di sisi Allah serta dapat melahirkan rasa kasih sayang sesama mukmin”.  Lebih 200 orang peserta terdiri dari penjawat awam pelbagai agensi dan masyarakat setempat menghadiri program ini.

Bulan Ramadan al-Mubarak sentiasa dinantikan setiap umat Islam di seluruh dunia dan ternyata ia bagaikan pesta ibadah yang gilang-gemilang di mana masing-masing berlumba-lumba merebut segala ganjaran kebaikan yang dijanjikan.  Justeru, masyarakat Islam khusunya penjawat awam disarankan untuk menghidupkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk menggalakkan lagi amalan kebaikan demi meningkatkan 'ubudiyyah' kepada Allah SWT.

s ihya2

s ihya1

s ihya3