Bangi, 2 April 2018 – Institusi Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi telah menerima lawatan penanda aras EKSA dari Institut Latihan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) & Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Seramai 61 orang pegawai daripada agensi tersebut telah menyertai lawatan kali ini. Taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di ILIM serta perkongsian pengalaman telah diadakan dan para pegawai juga telah dibawa melawat ke Zon-Zon Eksa.
Lawatan ini juga bertujuan berkongsi pengetahuan berkaitan amalan EKSA dan juga susun atur ruang pejabat yang teratur bagi membolehkan mereka membuat penambahbaikan dalam melaksanakan EKSA di jabatan masing-masing.
Semoga kedua dua agensi tersebut berjaya memperoleh pensijilan EKSA dengan jaya.