WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 28 Februari 2018 – Memiliki pengetahuan bahasa Mandarin, rakyat Malaysia bukan sahaja mampu mengambil bahagian secara lebih berkesan dalam dunia yang berbahasa Mandarin malah ianya membantu permudah cara penyampaian dakwah.

Selain itu ia juga akan banyak mempengaruhi kerjaya, selain membuka peluang lebih luas dalam kehidupan.

Pendidikan bahasa juga merangkumi pembentukan sikap positif terhadap penutur jati dan komuniti bahasa itu, selain sikap yang sama terhadap bahasa itu sendiri. Dengan ini, pasti perasaan penerimaan akan lebih mudah terpupuk ekoran daripada keadaan 'tak kenal maka tak cinta' sebelum ini.

Institut Latihan Islam Malaysia menerusi Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa telah mengadakan Kursus Gateway to Mandarin pada 27 dan 28 Februari 2018 yang lalu bertempat di Bilik Ibnu Sina, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM Bangi.  Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pensyarah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Ang Lay Hoon.

Seramai 26 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan telah mengikuti Kursus ini.  Antara fokus utamanya ialah memberi pendedahan mengenai Bahasa Mandarin serta memperkenalkan perbendaharaan kata sekaligus dapat memupuk minat peserta untuk mempelajari Bahasa Mandarin.

Ianya mengandungi perkara-perkara asas seperti Sistem bunyi dan nada, Perbendaharaan kata, Salam hormat dan pengenalan diri, Angka bilangan dan masa, Mengenal jenis makanan dan minuman, Anggota Keluarga, Anggota badan, Pengiraan Wang, Perbualan dan dialog, Membuat panggilan telefon, Membuat temujanji, Memperkenalkan diri, Bertemu dan berpisah,

Melalui pendidikan bahasa Mandarin ini, bukan sahaja sistem bahasa akan diajar, budi bahasa dan lain-lain yang berkaitan dengan budaya Cina akan ikut disampaikan. Adalah diharapkan dengan mempelajari bahasa ini ajaran Islam dapat disampaikan secara global dengan mengambil kira nilai-nilai yang wujud dalam masyarakat lain.

mandarin 1

mandarin 2

mandarin 3