WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 05 Februari 2018 : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Kecemerlangan dan Kepemimpinan Islam telah menganjurkan Majlis Perasmian Diploma Pengurusan Islam (DPI) Siri V 2018 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Bangi, Selangor.  Program DPI ini berlangsung selama enam bulan iaitu bermula pada 5 Februari hingga 7 Julai 2018 yang melibatkan seramai 49 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) lantikan Jakim.  

Program DPI ini merupakan kursus mandatori jangka panjang yang dirangka khusus dan disyaratkan kepada semua PHEI, Gred S41 yang baru dilantik sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Kursus ini dilaksanakan secara berpenginapan penuh (fully residential) di ILIM.  Program DPI V mengambil pendekatan konsep latihan secara menyeluruh berteraskan peningkatan profesionalisme dengan menekankan kepada aspek pembangunan dan pembentukan peribadi serta jati diri setiap peserta.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk membentuk PHEI yang teguh aqidah, komited dengan amalan Islam, mempunyai jati diri yang kukuh, nilai integriti yang tinggi, berdisiplin dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran juga dapat membentuk PHEI yang berketrampilan dan mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berfikiran terbuka selaras dengan keperluan kerjaya, masyarakat dan Negara.

Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Datuk Haji Zainal Abidin Bin Jaffar.  Semoga program ini mampu melahirkan pegawai yang berilmu dan berdaya saing yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan ummah.

 

rasmi DPIV 1

rasmi DPIV 2

rasmi DPIV 3

rasmi DPIV 4

rasmi DPIV 5

rasmi DPIV 6

rasmi DPIV 7