WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 07 Februari 2018 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa (KPPB) telah menganjurkan Kursus Bahasa Orang Asli (Temiar dan Semai) bertempat di Bilik Kuliah al-Baitar, Blok Akademik B, ILIM.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan dan memperkenalkan perbendaharaan kata dalam bahasa Temiar dan Semai, membolehkan peserta menyebut perkataan dalam bahasa Temiar dan Semai dengan betul serta membolehkan peserta bertutur dengan menggunakan perkataan, ungkapan dan ayat yang mudah dalam bahasa Temiar dan Semai.

Seramai 38 orang peserta terlibat dalam menjayakan kursus ini yang mana terdiri daripada pengerak masyarakat orang asli. Slot bahasa Temiar disampaikan oleh Encik Wan Masindra bin Juja dari Pejabat Agama Islam Kuala Kangsar, Perak dan slot bahasa Semai disampaikan oleh Encik Ahmad Saibani bin Masron dari Pejabat Agama Islam Tapah, Perak.

Adalah diharapkan agar kursus ini dapat memberi manfaat ke arah memartabatkan dakwah Islamiah di Malaysia.

bahasa orgAsli1

bahasa orgAsli2

bahasa orgAsli3