LATIHAN PENGUKUHAN LOCAL WISDOM (KEARIFAN TEMPATAN)
Institut Latihan Islam Malaysia
Dengan Kerjasama
Madrasah Aliyah Kulliyatul Mubalighin, Padang Panjang, Sumatera Barat
Program ‘“Latihan PengukuhanLocal Wisdom (Kearifan Tempatan)” ini telah diadakan pada 24 hingga 29 April 2017 yang lalu. Program kerjasama di antara ILIM dan Madrasah Aliyah Kulliyatul Mubalighin, Padang Panjang, Sumatera Barat ini berlangsung selama enam hari bertempat di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.
Latihan Pengukuhan Local Wisdom bertujuan memupuk sifat kepimpinan dan membina keperibadian yang hebat dengan mempelajari dan mengamati budaya hidup masyarakat Bani Jawi (Minangkabau) yang telah melahirkan beberapa tokoh ulama yang hebat di Alam Melayu ini seperti Buya Hamka, Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi, Buya Mohammad Natsir dan lain-lain lagi.
Program yang diwakili oleh Encik Muhammad Azrul Hisyam bin Muda, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, ILIM (Cawangan Timur) dan Encik Mohd Zaki bin Abdullah Shokri, Pembantu Hal Ehwal Islam, ILIM, Bangi ini juga membantu menambahkan maklumat, meningkatkan penguasaan ilmu dan memahami sesuatu peristiwa yang berlaku melalui pengalaman melihat kehidupan alam melayu menerusi budaya dan adat masyarakat melayu (Minangkabau).
Sepanjang program ini juga, peserta telah dibawa melawat di sekitar daerah Padang Panjang yang luas untuk bertemu masyarakat sekeliling sambil mempelajari budaya dan adat Melayu Minangkabau.
Adalah diharapkan dengan adanya program seumpama ini, secara tidak langsung peserta dapat meningkatkan semangat cintakan agama menerusi pembelajaran sejarah tokoh-tokoh melayu-islam yang menyebarkan dakwah di seluruh tanah bani jawi ini, serta mengambil semangat dan inspirasi tokoh-tokoh ulama kelahiran tanah melayu, berbangsa melayu yang mampu mencipta nama di persada dunia.