WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 20 Julai 2017 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Penyelidikan dan Pembangunan Latihan terus menganjurkan program jurulatih kompeten dalam bidang kejurulatihan Islam. Pada kali ini, ILIM telah mengadakan Kursus Pengajaran & Pembelajaran Latihan Murabbi Rabbani kepada 23 peserta ILIM. Ia telah diadakan pada 18 hingga 20 Julai 2017 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh YBhg. Prof. Dr. Hasni bin Mohamed dari Majlis Profesor Negara.

Kursus ini telah memberi impak yang besar kepada peserta dalam memahami dan menghayati tentang tugas utama jurulatih iaitu mencapai keredhaan Allah, kepentingan jurulatih ILIM bertaraf Murabbi Rabbani; mengetahui dan memahami tentang teknik pengajaran sebelum, semasa dan selepas proses pembelajaran yang berkesan dan memperkayakan metod pengendalian latihan berbentuk individu, kelompok kecil dan kelompok besar di kalangan jurulatih.  Bagi menambah nilai kepada Kursus-kursus anjuran ILIM, satu cadangan untuk ILIM mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan dan luar negara dalam usaha menaiktaraf Sijil Tinggi ILIM ke peringkat Diploma.

Adalah diharapkan melalui kursus ini dapat mewujudkan suatu sistem yang jelas supaya ia menjadi tempat rujukan dalam usaha melahirkan jurulatih dan pelatih yang bertaraf Rabbani sejajar dengan misi, visi dan falsafah ILIM.

Murabbi1
Sesi Pengajaran yang disampaikan oleh Prof. Dr. Hj. Hasni bin Mohammed

Murabbi2
Slot Perkongsian Ilmu dan Pengalaman Prof. Dr. Abd Razak, dari Universiti Ummul Qura, Makkah 

Murabbi3
Para jurulatih ILIM, sedang mendengar dan menaakul ilmu yang disampaikan oleh para penceramah

Murabbi4
Sesi Pembentangan oleh jurulatih ILIM