Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa, ILIM dengan kerjasama Darul Quran telah menganjurkan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Hifz al-Quran kepada Pensyarah Darul Quran, Maahad Tahfiz Quran Negeri, IKMAS dan Pegawai JAKIM.
Objektif Kursus ini :
- Memantapkan kemahiran pembelajaran dan pengajaran serta kepimpinan pensyarah dalam bidang hifz al-Quran
- Menyediakan latihan pembangunan staf bagi memenuhi keperluan Agensi Kelayakn Malaysia (MQA)
- Memperkasa tahap profesionalisme dan kompetensi pensyarah
- Menambahbaik mutu penyampaian pembelajaran dan pengajaran pensyarah
- Mendedahkan metode hafazan al-Quran berkesan
Barisan penceramah kursus ini menampilkan Y.Brs Dr Nik Md Saiful Azizi bin Nik Abdullah Al-Hafiz, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Dr. Mohammad Marzuki bin Abd Rahim, Pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.