Kluster Kecemerlangan Kepimpinan Islam, ILIM telah melaksanakan Coaching & Mentoring Course pada 25 & 26 April 2017. Kursus ini dihadiri oleh para Pegawai Hal Ehwal Islam. Kursus ini dikendalikan olehb konsultan berdaftar iaitu Fine Training Academy Sdn. Bhd.
Objektif Kursus :
- Memahami peranan dan sifat mentor dalam menyokong dan membimbing individu untuk mencapai hasil dan faedah
- Meneroka nilai-nilai, tingkahlaku, kemahiran dan keupayaan bagi memudahkan pemahaman dan kemajuan diri dan orang lain
- Mempunyai keyakinan dan kemahiran yang baik dalam mengendalikan tugas sebagai mentor dan pembimbing
Kandungan Kursus :
- Kemahiran untuk Menjadi ketua/mentor yang berkesan
- Bagaimana menjadi mentor yang berjaya
- Membimbing ahli pasukan untuk membawa kemahiran ke tahap seterusnya
- Teknik komunikasi