WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi- Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), melalui pusat Pengajian Sains Dakwah  telah menganjurkan  Diskusi Isu-Isu Dakwah Semasa Tahun 2015 pada25 November 2015 bertempat diAuditorium Al-Syafei, ILIM. Diskusi kali ini bertemakan “Cabaran Daie Masa Kini”.
 
Diskusi ini menjelaskan tentang Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang semakin kompleks disebabkan berlakunya perkembangan peradaban dan kemajuan dalam masyarakat. Antaranya cabaran dari sudut ideologi dan pemikiran seperti penyebaran fahaman Liberalisme, Ekstremisme, Pluralisme dan sebagainya.
 
Dalam hal ini, pendakwah perlu melakukan transformasi dalam penyampaian dakwah dengan menggunakan pendekatan kontemporari yang lebih interaktif dan menarik dalam menangani isu-isu dakwah masa kini seiring dengan perkembangan teknologi yang berlaku bagi menjamin keberkesanan dalam berdakwah. Para pendakwah juga perlu mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiah kepada sasaran  bagi mengelak daripada berlakunya salah faham dalam masyarakat.
 
Pada Diskusi kali ini, ILIM telah mengundang   Tuan Haji Abdul Karim bin Omar – Felo Kanan, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk : Fahaman Liberal Dan Ekstremisme :Cabaran Terhadap Dakwah Islamiah. Manakala sesi kedua, Diskusi dilaksanakan dalam bentuk forum di mana ahli panel terdiri daripada Prof. Dr. Hj. Taufiq Yap Yun Hin – Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Khambali @ Hambali- Pensyarah Universiti Malaya. Kedua-dua ahli Panel Forum membincangkan tajuk : Strategik Dakwah Dalam Menangani Isu-isu Semasa.
 
Akhir sekali, pihak penganjur khususnya ILIM berharap peserta diskusi memperolehi kefahaman dan kesedaran dalam menangani isu-isu dakwah semasa di samping dapat memperbetulkan persepsi dan pemikiran ummah.
 
Cabaran Dakwah Islamiah 1
Cabaran Dakwah Islamiah 2
 
Cabaran Dakwah Islamiah 3