WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia  dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim)  telah menganjurkan Persidangan Komuniti ASEAN (ACC) 2015 pada 11-12 November 2015 bertempat di Dewan Dato’ Mohd Shahir, ILIM. Persidangan Komuniti ASEAN 2015 (ACC 2015) pada kali ini bertemakan “Tamadun Islam Dalam Komuniti ASEAN: Cabaran Dan Harapan ”.
 
Persidangan ini memberi tumpuan kepada tiga aspek utama, ekonomi, keselamatan, dan sosiobudaya dalam konteks Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2015. Tiga bidang yang menjadi tumpuan amat bertepatan dengan persoalan yang sering dibincangkan di kalangan anggota negara-negara ASEAN .
 
Persidangan kali ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Hj. Dusuki, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. YB Senator berharap persidangan ini memberi manfaat kepada semua pihak dan berpeluang berkongsi idea serta mewujudkan rangkaian di kalangan komuniti ASEAN. YB Senator Dato’ turut berharap supaya resolusi daripada seminar ini akan menyumbang kepada tahap yang lebih tinggi dari aspek kefahaman dan kesedaran kepada nilai tamadun islam di kalangan masyarakat ASEAN dan membangunkan strategi yang sesuai untuk mengatasi isu-isu berkaitan yang wujud di kalangan masyarakat ASEAN.
 
Majlis Perasmian persidangan ini turut dihadiri YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan YBhg. Puan Hajah Zawanah binti Mohammad, Pengarah ILIM. Dalam Majlis ini, YB Senator Dato’ turut melancarkan “Persatuan Siswazah HADHARI” dengan menandatangani Plak Perasmian di pentas utama bersama-sama dengan Naib Canselor UKM dan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Majlis perasmian berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Hj. Dusuki sebagai ucapan terima kasih di atas kesudian merasmikan persidangan Komuniti Asean 2015 (ACC 2015).
 
Timbalan Menteri Di JPM Merasmikan ACC 2015 1
 
Timbalan Menteri Di JPM Merasmikan ACC 2015 2
 
Timbalan Menteri Di JPM Merasmikan ACC 2015 3
 
Timbalan Menteri Di JPM Merasmikan ACC 2015 4