BANGI, 15 Oktober 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Skim Logistik Pensijilan Halal Malaysia yang berlangsung selama tiga hari, bermula 13 hingga 15 Oktober 2026 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada peserta mengenai konsep dan kepentingan logistik halal dari perspektif Syariah, di samping meningkatkan pengetahuan berkaitan keperluan pensijilan halal Malaysia dalam memastikan rantaian bekalan halal diuruskan dengan teratur dan mematuhi standard yang ditetapkan.
Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai konsep dan kepentingan logistik halal dari perspektif Syariah serta keperluan pensijilan halal Malaysia. Selain itu, kursus ini turut bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta tentang pengurusan logistik halal yang merangkumi aspek pengangkutan, pergudangan dan peruncitan.
Kursus ini juga memberi penekanan terhadap peningkatan kefahaman dan kemahiran peserta dalam menguruskan logistik halal secara menyeluruh, meliputi aspek Syariah, operasi dan pematuhan standard selaras dengan keperluan industri di peringkat nasional dan antarabangsa.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh kompetensi peserta dalam memastikan pengurusan logistik halal dilaksanakan secara sistematik, berintegriti dan menepati keperluan pensijilan halal Malaysia. Usaha ini juga penting bagi meningkatkan keyakinan pengguna serta menyokong perkembangan industri halal negara agar terus berdaya saing di peringkat global.




