Kundasang, 16 April 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras ILIM telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Al-Quran dan Al-Hadith dalam Pemerkasaan Insaniah yang berlangsung pada 14 hingga 16 April 2026.
Bengkel yang diketuai oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM ini dianjurkan bagi tujuan menyediakan panduan dalam pelaksanaan kursus-kursus berkaitan al-Quran dan al-Hadith.
Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat menghasilkan sebuah modul yang berkualiti serta mampu memberi impak positif dalam melahirkan penjawat awam yang kompeten berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadith.



