WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Mesyuarat Pengurusan Sektor Operasi Bil. 2/2026, pada 26 Februari 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail telah membincangkan pelbagai perkara strategik selari dengan fungsi-fungsi Bahagian Sektor Operasi JAKIM. Bagi bulan Februari 2026 sebanyak 503 program telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 84,662 peserta merangkumi pelbagai peringkat masyarakat, penjawat awam dan pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan, juga sasaran peserta dari luar negara.
 
Pelaksanaan program-program merangkumi bidang dakwah, pembangunan modal insan, pendidikan Islam, sosial dan komuniti, penyiaran dan penerbitan ini adalah selari dengan aspirasi yang digariskan dalam agenda Malaysia MADANI.