WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
25 Februari 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah berjaya menganjurkan Webinar Ihya’ Ramadan 2026 – Siri 1 bertemakan “Rahmat Ramadan: Reset Jiwa, Perkasa Taqwa” secara atas talian dengan penyertaan seramai 460 orang peserta.
 
Webinar ini menghimpunkan Pegawai dan Kader JAKIM, MAIN, JAIN serta penjawat awam daripada pelbagai agensi dan kementerian.
 
Program yang disampaikan oleh Ustaz Hazmi Irsyad bin Mohamad Noor Azman daripada Tadabbur Centre Sdn Bhd memberi penekanan kepada konsep rahmah dalam 10 hari pertama Ramadan, tadabbur ayat-ayat puasa serta pembinaan pelan tindakan praktikal bagi memperkasa taqwa.
 
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan kefahaman bahawa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bahkan merupakan medan tarbiyah jiwa dan latihan integriti yang amat relevan dalam konteks penjawat awam.
 
ILIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas komitmen yang diberikan serta berharap pengisian ini menjadi pemangkin kepada pembinaan sahsiah dan peningkatan kualiti perkhidmatan berteraskan nilai rahmah dan taqwa.