Kundasang, Sabah | 23 Januari 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pengarah Kanan ILIM Bersama Warga ILIM Kampus Kundasang, Sabah bertempat di ILIM Kampus Kundasang.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM, bertujuan memperkukuh komunikasi strategik, penyampaian amanat kepimpinan serta pengukuhan tadbir urus organisasi di peringkat kampus.
Dalam sesi tersebut, YBrs. Puan Nor Safina Zainal menekankan kepentingan integriti, profesionalisme dan komitmen warga kerja dalam merealisasikan aspirasi ILIM sebagai institusi latihan Islam yang unggul dan berdaya saing.
Turut hadir ialah Puan Norhayati Jaffri, Ketua Penolong Pengarah Kanan ILIM dan Cik Suhairina Sudirman, Timbalan Pendaftar ILIM.
Sesi libat urus ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan serta memperkukuh kesepaduan antara pengurusan dan warga ILIM Kampus Kundasang.




