Lahad Datu, 22 Januari 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pengarah Kanan ILIM Bersama Warga ILIM Kampus Lahad Datu sebagai platform memperkukuh komunikasi dua hala antara pihak pengurusan tertinggi dan warga kerja kampus.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan ILIM, YBrs. Puan Nor Safina Zainal, yang menyampaikan amanat, hala tuju serta penegasan terhadap aspek tadbir urus, kualiti perkhidmatan dan pemerkasaan peranan ILIM sebagai institusi latihan Islam yang berwibawa.
Hadir sama, Puan Norhayati Jaffri, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Cik Suhairina Sudirman, Timbalan Pendaftar ILIM.
Dalam suasana yang mesra dan terbuka, warga ILIM Kampus Lahad Datu turut berpeluang mengemukakan pandangan, cadangan serta isu berkaitan operasi dan kebajikan. Sesi dialog ini mencerminkan komitmen bersama ke arah penambahbaikan berterusan serta pengukuhan budaya kerja berpasukan.
Penganjuran sesi libat urus ini diharapkan dapat memperkukuh semangat kebersamaan, meningkatkan kefahaman terhadap visi dan misi ILIM serta menyemai iltizam berterusan dalam merealisasikan kecemerlangan organisasi.





