WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 29 Oktober 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi, Selangor telah berjaya menganjurkan ILIM Quran Talk 2025 dengan tema " Wahyu Pemacu Reformasi Malaysia Madani ". Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai peranan wahyu sebagai panduan utama dalam pembentukan pemikiran dan dasar Malaysia Madani serta menghayati nilai-nilai Quranik seperti rahmah, keadilan dan ihsan sebagai asas reformasi Malaysia dan negara.
 
Seminar ini disertai oleh seramai 215 orang Pegawai Hal Ehwal Islam dari pelbagai agensi dan skim, termasuk JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Mufti, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan lain-lain
.
Dua (2) orang panel jemputan yang berpengalaman dan berkepakaran telah diundang bagi menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu, iaitu Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris (UTM) yang menyampaikan ceramah bertajuk " Inovasi dan Transformasi Digital : Wahyu di Hati, AI di Jari" dan Prof. Dr. Salasiah binti Hanin Hamjah (UKM) dengan perkongsian bertajuk " Menangani Krisis Moral dan Sosial Melalui Pendekatan Wahyu"
 
Seminar ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu malah turut menyemarakkan semangat untuk menjadikan wahyu sebagai tunjang dalam membina masyarakat bertamadun, adil dan sejahtera berpaksikan nilai Qurani.