Lawas, 23 Oktober 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi dan ILIM Kampus Lawas telah berjaya melaksanakan kerjasama strategik dalam penganjuran Kursus Pengukuhan Pemahaman Akidah dan Pemikiran Islam kepada para pegawai perkhidmatan awam dari pelbagai agensi yang terdiri daripada Jabatan Penjara, PDRM, JKSM, PGA, PPD, Kemas, KKM, Guru KAFA/ Imam/Bilal dan lain-lain.
Kursus ini dilaksanakan bermula pada 21 hingga 23 Oktober 2025 bertempat di ILIM Kampus Lawas, Sarawak. Bilangan peserta yang mengikuti kursus ini adalah seramai 44 orang.
ILIM telah menjemput penceramah-penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang akidah dan pemikiran iaitu Pg Mohd Hanif bin Ag Omar (Pej. Mufti Negeri Sabah), Encik Izwan Syafrein bin Ibrahim (Jab. Agama Islam Sarawak) dan Encik Nik Ismail bin Jusoh (ILIM).
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Turut hadir dalam majlis penutupan ini adalah YBrs. Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah, ILIM Kampus Utama Bangi, YBrs. Tuan Sheikh Hadzrei Adam bin Seberi, Pengarah ILIM Kampus Lawas, Sarawak dan YBrs. Tuan Mizzuan bin Jafilus, Pengarah ILIM Kampus Lahad Datu, Sabah.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk memperkukuhkan pemahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Pemikiran Islam di kalangan penjawat awam dan masyarakat dalam mendepani ancaman pelbagai ajaran sesat semasa.



