WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 19 Oktober 2025 – Seramai sepuluh (10) orang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berlepas ke Indonesia hari ini bagi menyertai Kursus Automasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pembangunan Fiqh Astronomi Islam yang akan berlangsung dari 19 Oktober hingga 1 November 2025.
 
Objektif utama kursus ini adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang Ilmu Falak dan Astronomi Islam serta memberi pendedahan praktikal tentang penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembangunan Fiqh Astronomi Islam.
 
Penganjuran kursus ini dijangka membuka ruang baharu dalam usaha ILIM meneroka integrasi antara sains moden dan ilmu Islam, seiring dengan agenda pendigitalan dan inovasi dalam pembangunan latihan Islam yang progresif dan inklusif.
 
Selamat maju jaya kepada semua peserta dan semoga misi keilmuan ini membawa manfaat besar kepada pembangunan latihan Islam di Malaysia.