WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 18 Oktober 2025 – Seramai empat (4) orang pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berlepas ke Sydney, Australia hari ini bagi menyertai Executive Programme for the Development of Modules and Training Methods for Persons with Disabilities mulai dari 18 hingga 25 Oktober 2025.
 
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Centre for Inclusive Research on Community and Disability (CIRCLE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan University of Sydney di bawah penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Program Inisiatif Pemerkasaan Kompetensi Latihan Tenaga Pengajar Institut Latihan Awam (IMPAK) bertujuan untuk memperkukuh kompetensi, kemahiran insaniah (soft skills) serta keupayaan tenaga pengajar ILIM dalam memperkasa latihan yang inklusif dan berimpak tinggi.
 
Misi ini memberi peluang kepada ILIM untuk memperluas jalinan strategik antarabangsa dan memperkukuh pembangunan modul latihan mesra OKU yang berteraskan nilai rahmah, ihsan dan keadilan dalam ekosistem latihan Islam.
Turut hadir ke lapangan terbang bagi menyantuni dan menghantar peserta ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan ILIM, Puan Shukreyah binti Zawawi yang mewakili Pengarah Kanan ILIM. Program ini dijangka membuka lembaran baharu dalam usaha menjadikan ILIM sebagai institusi latihan Islam yang inklusif, progresif dan berimpak global.
 
Selamat maju jaya kepada semua peserta dan semoga misi ilmu ini membawa manfaat besar kepada pembangunan latihan Islam di Malaysia!