Bangi, 22–25 September 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syarie dan Pengurusan Runding Cara Kekeluargaan Islam (Modul Tahap Pertengahan II) bermula 22 hingga 25 September 2025 bertempat di ILIM, Kampus Utama Bangi.
Kursus ini menghimpunkan penyertaan pegawai Hal Ehwal Islam dari pelbagai agensi agama peringkat Persekutuan dan Negeri serta Pejabat Agama Islam Daerah yang terlibat secara langsung dalam pengurusan runding cara kekeluargaan, bimbingan kaunseling syarie, khidmat nasihat serta pengendalian kes berkaitan keluarga Islam di mahkamah syariah.
Sepanjang kursus, peserta telah mengikuti pengisian ilmiah daripada para pakar akademik dan practitioner antaranya:
• Dr. Hj. Mohd Noor bin Saper (UPSI) – Pengurusan Emosi Personel serta Konflik Rumahtangga dan Penyelesaian Berdasarkan Kaunseling Syarie
• Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid (PAID Kuala Selangor) – Hak dan Tanggungjawab Suami dan Isteri Selepas Perceraian Menurut Perspektif Fiqh
• Encik Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab (JKSM) – Hak dan Tanggungjawab Suami dan Isteri Selepas Perceraian Menurut Undang-Undang Keluarga Islam
• Encik Abdul Basir bin Mahadi @ Mohamad (JAWI) – Isu-isu Semasa Berkaitan NCR dan Isu Yang Telah Difatwakan
• Dr. Norfaridah bt. Masiran (Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat) – Pengendalian Kesihatan Mental
• Dr. Jazilah binti Mohd Saad @ Mat Saud (JKSM) – Nafkah Anak serta Hak Penjagaan (Hadhanah) Menurut Undang-Undang Keluarga Islam
• Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir – Pengurusan Kes Mal di Mahkamah
• Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof (JAKIM) – Pengendalian Kes LGBT
• Pn. Norul Aina binti Bahari (JKSM) – Pengenalan kepada Jawatankuasa Pendamai (JKP), Hakam dan Sulh
Kursus ini turut membuka ruang pencerahan terhadap isu-isu kontemporari dalam pengurusan keluarga Islam serta memperkukuh kefahaman peserta mengenai prosedur mahkamah syariah, kaunseling syarie dan mekanisme penyelesaian konflik yang lebih holistik.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh profesionalisme peserta dalam mengurus isu kekeluargaan Islam dengan berintegriti, berhikmah dan berpaksikan maqasid syariah, sekaligus melahirkan pegawai yang responsif terhadap cabaran semasa dan mampu menjadi agen penyelesai konflik yang adil serta berkesan.



