WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, Program Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM telah mengadakan Kursus Smart Learning Kitab Turath (Akidah). Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 23 September 2025 hingga 25 September 2025. Objektif daurah ini adalah untuk membina kemahiran dan keyakinan peserta dalam memahami kitab turath karangan ulama silam.
 
Program ini juga bagi memupuk minat peserta mencintai dan memperjuangkan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan kefahaman akidah Islam yang sebenar.
 
Pegawai Hal Ehwal Islam pelbagai gred daripada JAKIM, JAIN, Jabatan Mufti, YADIM dan KAGAT telah menyertai kursus ini. Para peserta telah melibatkan diri dan komitmen yang sangat positif semasa sesi kursus berjalan.
 
Kursus Smart Learning Kitab Turath Bidang Akidah pada tahun ini, ILIM telah memilih Kitab Umm Al-Barahin karangan Imam Abu Abdillah Muhammad bin Yusuf Al-Sanusi (M.895H). Sepanjang pengajian, peserta menelaah kitab tersebut dari awal hingga akhir dengan dipandu oleh YBrs. Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali, pensyarah kanan program pengajian akidah dan agama, fakulti kepimpinan dan pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
 
Dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang sangat berguna dalam meningkatkan pengetahuan peserta tentang akidah Islam. Para peserta juga berbincang tentang punca dan solusi terhadap berbagai ancaman dan penyelewengan akidah di kalangan umat Islam.