BANGI, 25 SEPTEMBER 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah berjaya menganjurkan Kursus Daie Golden Lips pada 23 hingga 25 September 2025, menghimpunkan seramai 27 peserta daripada pelbagai agensi termasuk MAIWP, JAIN dan YADIM.
Sepanjang tiga hari kursus, peserta dibimbing oleh Ustaz Mohamed Khairul Anuar bin Basri melalui slot-slot yang dirangka khusus untuk memperkasa kemahiran komunikasi dakwah. Antara slot menarik yang mendapat perhatian adalah “Lisān yang Berhikmah: Persediaan Lisan Daie Menurut al-Quran”, “Musa dan Harun: Model Pendakwah Bertutur Lemah Lembut Tapi Tegas”, serta “Rasulullah SAW: Dakwah dengan Hikmah, Sentuh Hati Audiens”.
Kursus ini bukan sahaja memberi kefahaman tentang adab dan strategi komunikasi, malah menekankan aspek praktikal dalam membina keyakinan, gaya penyampaian yang tersusun, serta keberanian berhadapan dengan khalayak.
ILIM yakin kursus ini akan melahirkan para daie yang berwibawa, berimpak, dan mampu menyampaikan risalah Islam dengan tutur kata penuh hikmah.



