Bangi, 25 September - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Prinsip Syariah Dalam Pensijilan Farmaseutikal Halal bermula pada 23 hingga 25 September 2025 di Bilik Al Bukharia Aras 2 , Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan penjawat awam , Jabatan Agama Islam Negeri-negeri , dan lPTA.
Pelaksanaan kursus ini berobjektifkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip syariah serta meningkatkan kefahaman mengenai prosedur pensijilan farmaseutikal halal Malaysia.
Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dikendalikan oleh Puan Siti Syazana binti Hasni dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Ustaz Mohd Nasir bin Sulaiman dari Bahagian Penyelidikan JAKIM, Ustaz Luqman Hakimi bin Nayan dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dan Puan Siti Hajar Amirah binti Bahanurdin dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.
Antara perkara-perkara yang telah diberi penekanan ialah Pengenalan farmaseutikal dan pensijilan halal, prinsip-prinsip syariah dan keperluan berkenaan halal, pengurusan fatwa berkaitan farmaseutikal, perubatan dan rawatan dalam Islam, pemahaman MS2424:2019, pemahaman MS2424:2018, keperluan dalam pensijilan farmaseutikal halal serta pasaran dan penjenamaan farmasi halal.
Semoga kursus yang telah dijalankan ini mampu meningkatkan kefahaman mengenai prinsip Syariah dalam pensijilan farmaseutikal halal di Malaysia.


