Bangi, 21 September 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) hari ini telah menghimpunkan seramai 37 orang peserta antarabangsa dalam satu sesi pertemuan dan perkongsian pengalaman.
Mereka terdiri daripada 17 peserta dari Maldives yang mengikuti Kursus Islamic Affairs: Governance & Administration di ILIM bermula 7 hingga 22 September 2025, serta 9 peserta dari Fiji dan 11 peserta dari New Zealand yang hadir untuk mengikuti International Training Programme on Falak Competency, Imamship and Mosque Governance dari 21 hingga 27 September 2025.
Dalam sesi tersebut, wakil setiap negara telah membentangkan situasi perkembangan Islam serta cabaran yang dihadapi komuniti Muslim di negara masing-masing. Perkongsian tersebut bukan sahaja membuka ruang pemahaman yang lebih luas, malah memperkukuh semangat kebersamaan dalam mencari pendekatan terbaik bagi memperkasakan institusi Islam di peringkat antarabangsa.
Hasil perbincangan ini disimpulkan dengan satu tekad bersama – bahawa walaupun berbeza sempadan dan pengalaman, umat Islam tetap disatukan dengan semangat “One Ummah, One Aqidah & One Qiblah”.
Pertemuan ini bukan sekadar perkongsian ilmu, tetapi juga menandakan langkah bersama yang dipimpin oleh ILIM ke arah membina jambatan persaudaraan dan kerjasama umat Islam di pentas dunia.


