WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 21 September 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan sesi Meet & Greet bersama peserta International Training Programme on Falak Competency, Imamship and Institutional Mosque Governance yang terdiri daripada 21 orang peserta antarabangsa dari New Zealand dan Fiji.
 
Majlis yang berlangsung di ILIM Bangi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM dan turut dihadiri oleh Syeikh Abu Nazim Khan, Pengasas Ulul Albab Islamic Institute, New Zealand. Dalam ucapan aluan, YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal menekankan kepentingan program ini sebagai platform memperkukuh ilmu falak, peranan imam dalam komuniti serta tadbir urus masjid yang berkesan. Beliau turut menzahirkan harapan agar para peserta dapat memanfaatkan peluang sepanjang program untuk menimba pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan membina jaringan kerjasama antarabangsa.
 
Sesi ini turut menjadi ruang awal bagi mengeratkan hubungan mesra antara pihak ILIM dan peserta sebelum kursus rasmi bermula pada 22 September 2025.
 
Program latihan antarabangsa ini berlangsung dari 21 hingga 27 September 2025, dengan pengisian meliputi kuliah, bengkel praktikal dan lawatan lapangan, bertujuan memperkukuh kefahaman serta kompetensi peserta dalam bidang falak, kemahiran Imam, dan tadbir urus institusi masjid.