Lahad Datu, 7 Ogos 2025 – Dalam usaha memperkukuh kecekapan dan profesionalisme guru-guru KAFA, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, JAKIM telah berjaya menganjurkan program EDU SPHERE: Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif & Inovatif (PdPc) pada 5 hingga 7 Mei 2025 yang lalu. Kursus anjuran Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI) ini menghimpunkan seramai 37 orang guru KAFA dari sekitar daerah Lahad Datu dan Tungku dalam satu platform latihan berimpak tinggi yang menumpukan kepada penguasaan teknik PdPc yang berkesan, inovatif dan berdaya saing.
Fokus kursus ini ialah meningkatkan kualiti PdPc KAFA. Objektif kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman asas tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Meningkatkan kemahiran teknikal guru dalam membimbing pelajar dengan komunikasi yang jelas, lunak dan berpengaruh. Mengaplikasi teknik komunikasi berkesan serta strategi PdPc yang memikat minat pelajar.
Pelbagai pendekatan interaktif digunakan seperti ceramah profesional, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), demonstrasi alat bantu mengajar, dan sesi pembentangan kumpulan. Slot Ceramah daripada tenaga pengajar berpengalaman. Antara pengisian utama sepanjang kursus termasuklah Ustazah Sarmilah binti Mahalan, Penyelia KAFA Daerah Lahad Datu. Menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengenalan & Kurikulum KAFA Perkongsian berkaitan dasar dan hala tuju pendidikan KAFA secara holistik.
Ustaz Mohd Nazirul Mubin bin Mohd Alias, merupakan guru SK Permai Lahad Datu menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Etika & Profesionalisme Perguruan, Pengurusan PdPc & Bahan Bantu Mengajar. Slot Praktikal: Penghasilan Alat Bantu Mengajar (ABM)
Slot ini menekankan pentingnya kreativiti guru dalam membina bahan interaktif.
Ustazah Amnah binti Purungan @ Purongan, merupakan guru SK Lahad Datu II, menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Pembentangan Kumpulan. Slot ini menekankan kepentingan perancangan rapi bagi PdPc berfokus dan menarik.
Kursus ini bukan sahaja menjadi medan peningkatan ilmu, tetapi turut memperkukuh jalinan ukhuwah dan kolaborasi dalam kalangan guru-guru KAFA. Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diterapkan dalam sesi PdPc demi melahirkan pelajar KAFA yang berkualiti dan berakhlak mulia selaras dengan aspirasi pendidikan Islam di Malaysia.
“PdPc Kreatif, Guru Progresif, Pelajar Berinovatif”