WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu | 31 Julai 2025

Komitmen berterusan dalam memperkasakan kemahiran digital dalam kalangan penjawat awam diteruskan melalui Kursus Tech Sphere: Videographer from Zero to Hero anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sabah yang berlangsung di Kolej Komuniti Lahad Datu pada 29 hingga 31 Julai 2025 dengan penyertaan seramai 30 orang peserta.

Kursus intensif ini memberi tumpuan kepada penguasaan asas videografi sehingga ke tahap lanjutan, meliputi teknik rakaman, pencahayaan, komposisi visual serta asas penyuntingan video yang efektif. Para peserta terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai jabatan dan guru KAFA di sekitar Lahad Datu dan Tungku.

Sesi pengajaran dikendalikan oleh dua tenaga pengajar berpengalaman iaitu Encik Fadly bin Halim, atau lebih dikenali sebagai Fadly Bert (Director Smart Visual Consultancy & Services), dan Ustazah Noordianah binti Hj Alwi (Unit Komunikasi Strategik, Korporat & Inovasi JAKIM Cawangan Sabah), dibantu oleh Puan Nur Syadirah binti Mustaffa (Assistant Director Smart Visual Consultancy & Services). Kehadiran mereka memberikan impak besar dalam memperkukuh kefahaman peserta melalui pendekatan pengajaran yang interaktif dan praktikal.

Kursus ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi peserta dalam penghasilan bahan multimedia, malah turut membuka ruang kepada kreativiti dan inovasi dalam penyampaian mesej dakwah serta pendidikan secara lebih menarik dan berkesan.

ILIM melalui usaha kolaboratif ini terus komited memperluas jaringan latihan yang relevan dengan keperluan semasa, khususnya dalam mendepani era komunikasi digital yang serba mencabar.