WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

ILIM Lahad Datu Jayakan Program Pencerahan Hadith Akhir Zaman

Lahad Datu, 16 Julai 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, JAKIM, melalui Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI) telah berjaya menganjurkan Program Daurah Hadith Eskatologi: Tadabbur Hadith Akhir Zaman yang bertempat di Dewan Kuliah ILIM Lahad Datu.

Program ini telah menghimpunkan seramai 118 orang peserta, terdiri daripada 40 lelaki dan 78 perempuan yang mewakili pelbagai latar belakang seperti Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI), guru Pendidikan Islam, penjawat awam, kader JAKIM, guru takmir, pegawai masjid (imam), serta penggiat dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Objektif Program

  • - Meningkatkan kefahaman peserta tentang peranan hadith sebagai sumber hukum dalam Islam.
  • - Memantapkan kemahiran dan keyakinan dalam berinteraksi dengan hadith-hadith hukum secara tepat dan berdisiplin.
  • - Membina keupayaan untuk mengaplikasikan hadith sebagai panduan hidup dalam pelbagai urusan termasuk pentadbiran dan dakwah.

Penceramah Jemputan

Program ini menampilkan ilmuwan tersohor, YBrs. Dr. Mohd Salleh bin Ab. Malek, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang telah menyampaikan tiga slot pengisian utama:

  • - Slot 1: Kaedah Interaksi dengan Hadith Masa Hadapan
  • - Slot 2: Tadabbur Hadith-Hadith Penting Berkaitan Masa Hadapan 1.0
  • - Slot 3: Tadabbur Hadith-Hadith Penting Berkaitan Masa Hadapan 2.0

Penutup

Program ini bukan sahaja memperkukuh pemahaman peserta terhadap hadith eskatologi, bahkan turut menyemarakkan semangat cintakan ilmu dan kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran ummah masa kini dan akan datang. Inisiatif ini membuktikan komitmen ILIM Lahad Datu dalam melahirkan barisan asatizah dan pemimpin masyarakat yang berwibawa, berpandukan wahyu dan bersifat rabbani.