WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 25 Jun 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan ILIM Executive Talk: Global Perspectives on Da’i Leadership in Dakwah yang berlangsung secara hibrid di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi.
 
Program ini merupakan salah satu pengisian dalam Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam (PEPHEI) Gred S9 Lantikan Baharu JAKIM yang bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta tentang pengalaman lapangan sebuah badan bukan kerajaan, Al-Imdaad Foundation dalam mengendalikan misi bantuan kemanusiaan di peringkat global.
 
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Qari Ziyaad Patel, Ketua Unit Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Bencana, Al-Imdaad Foundation, Afrika Selatan. Dalam pembentangannya, beliau menegaskan bahawa akhlak mulia umat Islam merupakan asas utama dalam penyampaian dakwah, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.
 
Selain itu, beliau turut mengupas ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam mentadbir organisasi bukan kerajaan (NGO) secara berkesan serta aspek-aspek penting dalam pengurusan organisasi yang cekap.
Antara cabaran utama yang dikongsi beliau termasuklah isu pengumpulan dana, pematuhan kepada undang-undang serta strategi melaksanakan program bantuan secara sistematik dan berintegriti.
 
Program ini disertai oleh seramai 70 orang peserta secara hibrid. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Kanan ILIM, YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal dan Ketua Penolong Pengarah Program Teras, Encik Mohd Roska bin Mohamed Rasidek serta pegawai dan warga ILIM.
 
Diharapkan agar perkongsian ini bukan sahaja memberi gambaran sebenar tentang cabaran dan realiti dunia dakwah serta bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa, malah menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada para peserta program untuk terus memperkasa peranan mereka sebagai da’i profesional dan pemimpin ummah yang berwibawa.
 
Program ini disertai oleh seramai 70 orang peserta secara hibrid. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Kanan ILIM, YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal dan Ketua Penolong Pengarah Program Teras, Encik Mohd Roska bin Mohamed Rasidek.
 
Diharapkan agar perkongsian ini bukan sahaja memberi gambaran sebenar tentang cabaran dan realiti dunia dakwah serta bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa, malah menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada para peserta program untuk terus memperkasa peranan mereka sebagai da’i profesional dan pemimpin ummah yang berwibawa.