BANGI, 17 JUN 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah menerima kehadiran pasukan naziran daripada Bahagian Akaun, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sempena Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Tahun 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 20 Jun 2025.
Naziran ini merupakan sebahagian daripada proses pemantauan dan penilaian pematuhan terhadap tatakelola kewangan serta pelaksanaan sistem perakaunan akruan selaras dengan dasar yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia.
Sesi pembukaan mesyuarat dipengerusikan oleh Pendaftar ILIM, Encik Muhammad Afifuddin bin Mohd Zohdi dengan dimulai sesi taklimat oleh Ketua Pasukan Naziran, Puan Nor Rosita binti Idris, Timbalan Ketua Akauntan, Bahagian Akaun, Jabatan Perdana Menteri (JPM), yang turut membentangkan perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak ILIM sepanjang proses naziran ini berlangsung.
Naziran selama lima hari ini akan melibatkan semakan dokumen kewangan, pematuhan terhadap prosedur perolehan, serta semakan rekod pelaporan kewangan berdasarkan format akruan yang ditetapkan. Penemuan dan hasil dapatan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Penutupan yang dijadualkan pada hari terakhir naziran.
ILIM komited untuk terus memperkukuh tatakelola kewangan serta memastikan kepatuhan menyeluruh terhadap semua garis panduan dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa demi menjamin integriti dan kecekapan pengurusan kewangan institusi.


