Bangi, 29 Mei 2025- Kursus Faraid (Pengiraan Asas & Lanjutan) anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Mei 2025. Kursus ini telah menghimpunkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri, kader-kader JAKIM dan dan pelbagai Jabatan.
Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman peserta dalam ilmu faraid, khususnya dalam aspek pengiraan hak waris mengikut hukum syarak. Para peserta telah didedahkan dengan pendekatan teori dan juga latihan praktikal.
Antara pengisian utama termasuk:
• Pengenalan Faraid
• Undang-Undang & Pentabiran Pusaka Di Malaysia
• Waris Dan Carta Waris
• Pengiraan Faraid Asas -Pendindingan (Al-Hijb)
• Waris Utama
• Pengiraan Faraid Pertengahan - Asas Pada Kematian Berlapis
• Pengiraan Faraid Lanjutan -Takharuj
• Masalah Kematian Berlapis & Pengiraan Komputer
Penceramah jemputan terdiri daripada pakar rujuk dalam bidang faraid dan pentadbiran pusaka Islam, yang menyampaikan isi kandungan dengan jelas, interaktif dan berkesan.
Menerusi kursus ini, diharapkan agar para peserta dapat menguasai dengan baik aspek-aspek seperti carta waris, pengiraan asas dan lanjutan, pendinding, takharuj serta pengiraan secara manual dan berkomputer. Peserta juga diharapkan menjadi pegawai rujukan yang kompeten di jabatan masing-masing bagi membantu masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat dan adil mengenai pembahagian harta pusaka.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang menunjukkan komitmen dan semangat menuntut ilmu sepanjang kursus berlangsung.



