ILIM Bangi, 26 Februari 2025. Kursus Smart Integriti yang dilaksanakan bermula 24 Februari 2025 melabuhkan tirainya. Seramai 47 orang peserta telah menyertai kursus ini dengan jayanya. Para peserta adalah dikalangan warga JAKIM dibawah Sektor Operasi dan Pengurusan termasuk Pegawai Takmir dan PPMD di negeri-negeri.
4 orang Fasilitator dikalangan pegawai ILIM telah diamanahkan bagi mengendalikan kursus ini.
Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan penghayatan nilai-nilai integriti sebagai tonggak maruah diri dan organisasi serta memperkukuh kerjasama dalam membentuk organisasi yang cemerlang melalui penghayatan nilai-nilai integriti.




